Saturday, December 25, 2010

Penanaman Getah di Malaysia

Penanaman getah jenis Hevea Brazilllianis,meliputi hampir 2 juta hektar kawasan pertanian Malaysia (85 % terdapat di kaki bukit Semenanjung Malaysia).Negeri pengeluar utama ialah Kedah,Perlis,Johor,Perak,Negeri Sembilan.Malaysia mengeluarkan hampir 40% pengeluaran getah asli di dunia,ketiga selepas Thailand dan Indonesia.Penanaman getah di Malaysia diusahakan secara ladang dan kebun kecil.

Antara agensi kerajaan yang memajukan industri getah di Malaysia ialah:
            1.RISDA- beri subsidi kos penanaman semula getah tua
            2.FRIM  -  menjalankan penyelidikan untuk mendapatkan baka getah yang cepat
                              matang, hasil tinggi dan bermutu tinggi.
            3.FELDA- membuka kawasan baru untuk penanaman getah
Kawasan penanaman getah:
a. Daerah Segamat, Kluang, Batu Pahat dan Muar di Johor.
b. Sekitar Seremban di Negeri Sembilan.
c. Bahagian selatan Perak.
d. Daerah Sadakan dan Tawau di Sabah.
e. Kawasan Kuching dan Lembah Sungai Rajang.

Pertanian Padi di Malaysia

Tanaman padi di Malaysia merupakan tanaman utama memandangkan padi ialah makanan asasi masyarakat di rantau ini.
Di Malaysia, dua jenis padi telah diusahakan iaitu padi sawah dan padi huma (bukit). Padi sawah ditanam di kawasan rendah dan di lembah-lembah sungai yang subur dengan tanah aluvium. Negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah Melayu ialah Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Antara negeri ini, Kedah merupakan negeri yang terkenal sebagai jelapang padi negara kita. Menjelang abad ke-18, dataran Perlis dan Seberang Perai juga turut menjadi kawasan penanaman padi yang utama. Penanaman padi sawah ini berkembang dengan pesat adalah dipengaruhi oleh sistem pengairan yang digunakan sejak abad ke-19.
Berbanding dengan penanaman padi sawah, padi huma ditanam secara berpindah-randah setiap kali penanaman dijalankan kerana kesuburan tanah telah hilang atau berkurangan. Biasanya, padi huma ditanam di kawasan yang bergunung-ganang. Sebagai contoh, suku kaum Dusun dari Murut di Sabah dan Sarawak yang tinggal di kawasan pedalaman melakukan kegiatan penanaman padi huma.

Pertanian Sawah Padi di Malaysia

Perladangan Kelapa Sawit di Malaysia

Industri sawit Malaysia bermula pada tahun 1917 apabila Ladang Tenmaran di Kuala Selangor ditanam dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang. Apabila pewarisan bentuk buah difahami, penanaman komersil beralih daripada bahan dura kepada kacukan dura x pisifera (D x P). Kacukan D x P menghasilkan buah tenera. Penanaman ladang yang menggunakan bahan D x P berlaku secara mendadak pada awal dekad 1960-an apabila Felda membuka tanah rancangan secara besar-besaran.

Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 meter tingginya. Daunnya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun. Bunganya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga sepal dan tiga kelopak. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya, kelapa, kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur. Pembiakannya adalah melalui penyemaian biji-biji.

Pertanian di Malaysia

Malaysia sebuah negara yang sedang membangun masih banyak bergantung kepada ekonomi dari aktiviti-aktiviti pertanian. Kedudukannya di kawasan hutan hujan tropika menerima hujan tahunan di bawah 3000 mm setahun yang turun lebih kurang 200 hari dalam setahun dan cahaya matahari yang diterima di dalam lingkungan 2200 jam membolehkan banyak jenis dan varaiti tanaman tumbuh dan mengeluarkan hasil.

Terdapat 4 jenis tanaman yang kebiasaan sesuai di kawasan-kawasan yang kesuburan rendah iaitu getah, kelapa, kelapa sawit, dan koko. Tanaman -tanaman ini dijalankan dalam bentuk estet. Harga-harga komoditi pertanian ini bergantung kepada pengeluaran sedunia dan ianya berkait rapat dengan perubahan iklim.